Raaji Silk Palace telah memenangi The Duke Award untuk sektor korporat Anugerah The Knights 2023 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat yang tekstil India yang memiliki rangkaian cawangan terbesar di Malaysia, Raaji Silk Palace tersenarai sebagai dua penerima Anugerah The Knights 2023 baru-baru ini.

Ia atas khidmat kecemerlangan serta kepimpinan dalam dan luar negara.

Syarikat itu yang beroperasi sejak 1997 menerima pengiktirafan bagi Anugerah The Duke bagi sektor korporat dan jenama pada majlis yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan dengan menyediakan platform untuk mengiktiraf pencapaian yang cemerlang.

“Kami telah mencatat pencapaian yang luar biasa dengan memenangi dua anugerah berprestij di Anugerah The Knights pada tahun ini yang penuh berprestij.

“Ini kerana syarikat diberi penghormatan dengan Anugerah Korporat yang diidamkan dan juga diiktiraf sebagai Jenama Terpantas Berkembang yang menonjolkan sumbangan luar biasanya kepada industri sambil mengukuhkan kedudukannya sebagai penentu arah aliran industri,” katanya syarikat itu dalam satu kenyataan.

Raaji Silk Palace sebelum ini telah menjadi mercu tanda kualiti dan gaya dalam industri tekstil apabila menawarkan koleksi pakaian India yang terbaik sama ada pakaian tradisional hingga reka bentuk kontemporari.

Anugerah The Knights 2023 turut mengiktiraf seramai 70 indvidu atas khidmat kecemerlangan serta kepimpinan dalam dan luar negara.

Dengan rangkaian 20 cawangan yang mengagumkan di seluruh Malaysia, Raaji Silk Palace telah memperkukuhkan dirinya sebagai syarikat dengan rangkaian cawangan terbesar di negara ini.

Setiap cawangan mempamerkan pelbagai jenis tekstil termasuk saree, salwar kameez, lehengas dan aksesori yang memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah sehenti yang komprehensif.

Kenyataan itu menambah, Raaji Silk Palace telah menunjukkan visi dan pandangan jauh yang luar biasa dalam strategi pengembangannyasecara konsisten dengan mengenal pasti peluang untuk mencapai pasaran baharu dan memenuhi keperluan yang berubah bagi pelanggannya yang arif.

Sementara itu, Anugerah The Knights 2023 turut mengiktiraf seramai 70 indvidu atas khidmat kecemerlangan serta kepimpinan dalam dan luar negara, baru-baru ini.

Jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said antara penerima anugerah.

Ketiga-tiga mereka itu menerima pengiktirafan bagi Anugerah The Duke individu peribadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast