KOTA KINABALU – Ceramah profesional “MIA and the Accountancy Profession In Malaysia” anjuran Pusat Perakaunan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti
Malaysia Sabah (UMS) merupakan inisiatif fakulti itu dalam usaha menyediakan bakal graduan bidang perakaunan yang mahir dan bertauliah.
Menurut kenyataan dari Pusat Perakaunan UMS, ceramah tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar perakaunan tahun pertama berkaitan
profesion perakaunan dan kerjaya dalam bidang perakaunan di Malaysia.
“Ceramah yang disampaikan oleh Ketua Institut Akauntan Malaysia (MIA) Wilayah Sabah, Susan Maiks juga turut memberi pengetahuan tentang bagaimana menjadi seorang
akauntan yang bertauliah.
Ia melibatkan penyertaan sejumlah 54 orang pelajar tahun pertama program perakaunan.
Siri ceramah profesional seumpama juga dilaksanakan setiap semester kepada pelajar perakaunan UMS bagi memastikan para pelajar sentiasa mengikuti perkembangan terkini
berkenaan badan profesional tersebut selaras dengan pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian oleh MIA. – MalaysiaGazette