Raisa dan Ahmad Dhani.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Indonesia, Raisa Andriana mengakui dia teruja ketika dipelawa Ahmad Dhani untuk menyanyikan lagu Biar Menjadi Kenangan.

Lagu itu yang ditulis oleh Ahmad Dhani pernah dinyanyikan oleh Reza Artamevia dalam album Keabadian pada tahun 2000.

Dalam versi asal itu, Reza  berduet dengan Masaki Ueda dari Jepun.

Menurut Raisa Andriana atau lebih mesra dipanggil Raisa, lagu tersebut merupakan lagu kegemarannya sejak di bangku sekolah.

“Lagu ini menjadi salah satu lagu kegemaran aku sejak zaman sekolah lagi dan baru-baru ini aku dapat tahu bahawa lagu ini dicipta oleh Ahmad Dhani

“Saya juga sangat teruja dan gembira kerana diberi peluang untuk menyanyikan semula lagu tersebut.

“Kerana ini adalah lagu kegemaranku dan ketika dia mengajak berduet untuk konsertnya, saya sangat gembira dapat menyanyikan lagu ini,” ungkap Raisa.

Single Biar Menjadi Kenangan dirakam oleh Raisa dan Ahmad Dhani di studio miliknya bersama Barsena sebagai pengarah vokal.

Untuk muzik, ia dihasilkan oleh S/EEK iaitu sebuah kumpulan pengeluar yang membantu mewujudkan kolaborasi #GeminiGenk sebagai pengeluar.

Sementara itu, pihak label Raisa, JUNI Records, menganggap projek ini seru dan berbeza dari kolaborasi lain.

Ketua Pegawai Eksekutif JUNI Records, Adryanto Pratono berkata, kolaborasi itu serasi walaupun melibatkan lintas generasi.

“Ahmad Dhani dan Raisa sama-sama meneroka khususnya dalam mencari jalan tengah untuk rentang vokal mereka berdua,” katanya.

Single Biar Menjadi Kenangan boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music dan lirik muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Raisa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast