Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam treler selepas terbabas dan jatuh ke gabung sedalam 10 meter di Bentong pagi tadi

KUANTAN – Seorang pemandu treler yang membawa pasir maut tersepit dalam kenderaannya selepas terbabas jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer (KM) 43, Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi di Bentong hari ini.

Mangsa, Mohamad Hasrul Abdul Halim, 33, beralamat di Changkat Jering, Taiping, Perak maut akibat kecederaan parah di lokasi insiden.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu menggunakan peralatan hidraulik dan tali,” kata kenyataan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pukul 3.45 pagi dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan pukul 6.44 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama tiga buah jentera dikerahkan ke tempat kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast