KUCHING – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Alumni telah jelajah ke Bumi Kenyalang bagi menjalankan program Jelajah Ibu Kandung Suluh Budiman sekaligus menjejak Alumni yang telah sekian lama tidak bersua.
Jelajah Kandung Suluh Budiman di Sarawak ini merupakan julung kali diadakan.
Program ini merupakan inisiatif Pusat Alumni bagi bertujuan memelihara hubungan silaturahim, bertanyakan khabar di antara alumni-alumni dari pelbagai era yang terdiri daripada era SITC, MPSI, IPSI,
UPSI yang banyak mengharumkan nama universiti dalam pelbagai percapaian yang terdiri daripada pelbagai peringkat.
Dengan adanya alumni-alumni sekarang nama universiti ini telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama universiti yang ada sekali gus mempromosikan universiti ini kepada bakal anak-anak muda yang ingin menjadi Anak Kandung Suluh Budiman.
Program ini disambut baik oleh hampir 130 orang alumni yang hadir. Program ini juga berkonsepkan santai dan tidak formal yang mana program ini telah dilaksanakan di Harbour View Hotel, Kuching.
Kehadiran alumni yang ada telah disahkan melalui butiran yang telah diberikan melalui google form yang terdapat di Facebook Pusat Alumni UPSI dan juga kumpulan di aplikasi Whatapps dan Telegram.
Oleh itu, jika ada alumni yang masih lagi belum mengikuti Facebook Pusat Alumni, mereka boleh mengikuti perkembangan Pusat Alumni di Facebook “Pusat Alumni UPSI”. – MalaysiaGazette