PETALING JAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meminta Kerajaan Perpaduan memberi penjelasan mengenai pengisytiharan harta yang didakwanya tidak lagi dikuatkuasa.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pengisytiharan harta merupakan cara yang baik untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam kalangan menteri-menteri.
Ujar beliau, pertambahan aset yang luar biasa sudah tentu mencurigakan dan dengan pengisytiharan akan memudahkan penyiasatan dilakukan pihak berkuasa.
“Mereka ini yang mendapat peruntukan banyak. Salah satu cara kita pastikan kita dapat tentang korupsi adalah kalau seseorang menduduki takhta kuasa diwajibkan untuk isytihar harta. Dengan cara ini amat mudah badan penguatkuasa melakukan penilaian aset yang dimiliki sebelum menduduki kuasa dan selepas.
“Kalau ada pertambahan luar biasa dapat dijalankan siasatan. Adakah apa-apa yang ingin disembunyikan? Mengapa mereka yang menduduki kuasa tidak ingin mendedahkan nilai aset dan harta kepada rakyat rakyat?,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Menurut Syed saddiq, tuntutan yang dilakukannya itu tidak ada kaitan dengan cemburu, sebaliknya beliau mempersoalkan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini dilihat konsisten memperjuangkan pengisytiharan harta.
“Mengapa secara tiba-tiba menteri-menteri tidak lagi mengisytihar aset walhal sebelum ini kepimpinan Pakatan Harapan versi selepas PM (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ambil alih sistem ini tetap ada.
“Bukan soal cemburu tapi sistem ini sebelum ini turut dipersetujui oleh semua. Sebab itu MUDA tuntut penjelasan berkenaannya. Bukan soal calon pilihan raya sahaja perlu isytihar tetapi juga yang telah menduduki kuasa memounyai jawatan,” jelasnya.
Tambah Syed Saddiq, sistem yang bermula pada 2018 secara terbuka itu sepatutnya diteruskan demi memastikan kerajaan persekutuan melaksanakan pentadbiran yang berintergriti dan telus.
“Kenapa dulu boleh? Apa yang hendak disembunyikan,” soal beliau. – MalaysiaGazette
Syed Sadiq ni ketinggalan.. ITU PERKARA LAMA sekarang “berganding” dengan ZAHID HAMIDI dan kuncu-kuncunya maka ANWAR IBRAHIM tidak laksanakan kerana tiada dalam “manifesto” apalagi ini merupakan “kerajaan” yang dipersetui YDPA. so Syed Sadiq tidak sesuai ungkit-ungkit KES LAMA.. KES terbaru ikut FORMULA RAFIZI RAMLI dan patuh “PERSETUJUAN” dari YDPA