Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman

KUANTAN – Solat Sunat Aidiladha di semua masjid dan surau di Pahang ditetapkan pada jam 8.30 pagi.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, perkara tersebut telah diputuskan menerusi surat daripada Setiausaha Sulit Khas Pemangku Raja Pahang hari ini.

“Sukacita dimaklumkan bahawa KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah mengampuni perkenan Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1444H bersama 2023M bagi seluruh Negeri Pahang Darul Makmur ditetapkan pada jam 8.30 pagi,” katanya menerusi kenyataan. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast