@malaysiagazette Video seekor lembu yang diberi nama Itam tampak sedih dan mengalirkan air mata sambil dipujuk oleh tuannya viral di media sosial sempena ibadah korban. Video dimuat naik di platform TikTok milik Shukri Zainal menyentuh hati netizen kerana menggambarkan hubungan erat Itam dengan tuannya sebelum berpisah untuk menjalani ibadah korban. #malaysiagazette #Aidiladha #ibadahkorban
KUALA LUMPUR – Video seekor lembu yang diberi nama Itam tampak sedih dan mengalirkan air mata sambil dipujuk oleh tuannya viral di media sosial sempena ibadah korban.
Video dimuat naik di platform TikTok milik Shukri Zainal menyentuh hati netizen kerana menggambarkan hubungan erat Itam dengan tuannya sebelum berpisah untuk menjalani ibadah korban.
Namun Itam seolah-olah reda dengan segala ketentuan oleh-Nya sempena Program Ibadah Qurban Masjid Felda Bukit Cherakah di Kapar, Selangor.
“Tam.. dah jangan sedih-sedih. Ya jangan sedih-sedih ya, InsyaAllah kita jumpa di sana nanti. Dah, pandang sini.
“Tam…Tam.. pandang sini, jangan sedih sedih,”pujuk tuannya.
Sementara itu, Shukri memberitahu ibadah korban yang sebenar adalah dengan membenarkan dirinya ‘mengorbankan’ apa yang diayangi kerana disitulah kita belajar erti menghadapi ujian.
“Qurban yang terbaik adalah qurban kan apa yang kita sayang. Semoga Allah terima segala amalan kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hari ini, umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya AidilAdha dan ramai di kalangan mereka melakukan ibadah korban di mana ia dilakukan pada 10 Zulhijjah selepas selesai solat sunat hari raya dan hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah. – MalaysiaGazette