Gambar hiasan. Foto - MOHD ADZLAN 29 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Pada 10 Zulhijjah lalu umat Islam di Malaysia telah menyambut Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali Hari Raya Korban. Sejurus selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, umat Islam akan beredar dan bersiap siaga untuk melaksanakan ibadah korban.

Ia dilaksanakan dengan menyembelih kambing, lembu atau unta dan disedekahkan kepada orang ramai terutamanya orang fakir miskin. Ibadah ini bertepatan dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dan ia juga adalah salah satu lambang atau syiar Islam terbesar dalam agama kita.

Ibadah korban adalah salah satu daripada ibadah-ibadah yang lain. Tetapi ibadah korban ini adalah satu ibadah agung yang hanya dikhususkan pada bulan haji sahaja. Islam tidak memberatkan seseorang untuk melakukan ibadah ini melainkan bagi yang mampu.  Adapun orang yang berpendapatan kecil tetapi mereka mempunyai niat dan azam untuk melakukan ibadah korban ini, maka itu adalah baik bagi mereka kerana meletakkan diri mereka dalam golongan orang-orang yang muhsinin.

Sebagai seorang Islam kita mestilah meyakini bahawa setiap kesusahan dan kepayahan yang dilakukan demi keluarga, agama dan bangsa, semua ini sebenarnya adalah korban kepada Allah SWT iaitu mendekatkan diri kita kepada-Nya. Sekiranya apa yang kita lakukan itu membuatkan kita jauh daripada reda Allah SWT, maka kita masih belum mencapai matlamat sebenar korban. Inilah pemahaman yang sebenarnya yang perlu ada pada setiap orang Islam.

Justeru, kita sangat dituntut dan digalakkan melakukan ibadah korban ini kerana ia adalah sunat muakkad dan ganjarannya sangat besar sekali terutama bagi orang-orang yang mampu dan menepati syarat-syarat berkorban. Firman Allah SWT dalam surah al-Kauthar ayat 2 bermaksud: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur)”.

 

Para jemaah yang hadir untuk menunaikan solat sunat AidilAdha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM 29 JUN 2023.
Penduduk taman bergotong-royong menumbangkan lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Al-Azhariah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN 29 JUN 2023.
Reaksi kanak-kanak ketika proses ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Al-Azhariah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN 29 JUN 2023.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast