KUALA LUMPUR – Islamophobia perlu diatasi dengan segera di semua peringkat dan lapisan masyarakat.
Menurut kenyatan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), pihaknya akan terus melaksanakan inisiatif menganjurkan dialog peradaban merentasi budaya dan agama untuk memberi pencerahan berkenaan isu berkenaan.
“Yadim konsisten memupuk semangat perpaduan bagi membentuk masyarakat yang sentiasa rahmah dalam menyokong aspirasi Malaysia Madani,” katanya menerusi kenyataan.
Yadim berkata, program-program yang dianjurkan sentiasa menerapkan elemen perpaduan, rahmah, kasih sayang dan semangat kebersamaan.
Jelasnya, program sedemikian merentasi pelbagai lapisan masyarakat.
Terdahulu, Yadim mengecam tindakan seorang lelaki yang membakar Al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Swedeen.
Bagaimanapun yayasan itu menyeru supaya umat Islam berhati-hati ketika berbicara mengenai agama suci ini agar tidak dipandang serong oleh bukan Islam. – MalaysiaGazette