KUALA LUMPUR – Seorang menteri Kabinet didakwa menceroboh masuk di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang warga China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Insiden itu dilaporkan berlaku petang semalam dan klip video insiden itu telah tular sejak semalam di media sosial dan mendapat kritikan awam.

Dalam kejadian itu, menteri berkenaan didakwa telah masuk ke dewan balai ketibaan KLIA tanpa mendapatkan sebarang pas keselamatan.

Ahli Parlimen dari Sarawak itu disyaki berkelakuan sedemikian kononnya bagi ‘menyelamatkan’ seorang pelancong wanita warga China.

Difahamkan wanita asing itu ditahan dan tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di KLIA namun punca kesalahanya belum dapat dipastikan.

Memetik laporan sumber Bebas News,  VIP berkenaan juga didakwa menggunakan kuasa sebagai menteri termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas apabila tindakannya cuba dihalang.

Difahamkan ia bukan kali pertama menteri berkenaan berbuat demikian dan sebelum ini sudah ada dua insiden  membabitkan campur tangan menteri berlaku di KLIA.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Spesis ni kalau diletakkan di KDN hancur rakyat hancur sistem beraja hancur Perundangan hancur ekonomi hancur pertahanan hancur PMX hancur NEGARA. KLIA imigresen Rakyat NGO harus report POLIS untuk diambil tindakan. Alasan spesis tu kaitan rasuah adalah “benteng” untuk dia menyelamatkan diri. Pihak Berkuasa akan terperangkap. PASTI keutamaan pihak Berkuasa menyiasat kuli-kuli di KLIA

Comments are closed.