Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Ting King Sing berkata, beliau dimaklumkan terdapat pegawai Imigresen meminta wang daripada pelancong asing yang ditahan sebagai syarat untuk dilepaskan.

Ahli Parlimen Bintulu itu mendedahkan bahawa bayaran yang dipinta sehingga RM3,000  termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, tambahan RM3,000 pula diminta jika warga asing berkenaan mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 pula untuk kos memproses visa.

“Semua maklumat ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu mask negara,” katanya dalam kenyataan.hari ini.

King Sing berkata demikian dalam reaksi terhadap berita yang tular mendakwa beliau menceroboh masuk Balai Ketibaan Antarabangsa di KLIA dan cuba menyelamatkan seorang pelawat wanita warga China yang ditahan Imigresen.

Mengulas dalam perkara yang sama, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak itu juga menyatakan kekecewaannya kerana gambarnya semasa insiden itu telah ditularkan oleh pihak dalaman agensi berkaitan di KLIA.

Sambil mempersoalkan niat pihak berkenaan sehingga menularkan gambarnya dengan persepsi tidak tepat dan berita yang berunsur fitnah, beliau juga menekankan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) harus campur tangan dan bertindak dalam perkara tersebut.

Katanya, SKMM perlu menyiasat secara teliti bagi mengetahui pegawai dalaman yang menularkan serta fitnah berhubung gambar-gambar beliau serta maklumat yang ditularkan mengenai insiden tersebut.

“Walaupun niat mereka tidak diketahui, maka berkemungkinan mereka terkejut dengan penyertaan SPRM dan bimbang bahawa “sumber pendapatan” mereka akan terputus atau terancam.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa mereka ingin melindungi rakan-rakannya dengan sengaja membocorkan maklumat, membuat tuduhan tapa asas dan menyebarkan laporan palsu.

“Selain merujuk kes ini kepada SPRM untuk siasatan mendalam, dalam masa sama saya akan membangkitkan perkara ini ke Kabinet termasuk cadangan memansuhkan ejen yang mengendalikan pelancong asing yang ditolak kemasukan (NTL-Not To Land) kerana dilihat semakin kronik dengan isu ketidaktelusan serta penyalahgunaan kuasa yang memburukkan imej negara di mata dunia,” ujarnya lagi.

King Sing juga menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya membatalkan pihak ketiga dalam menguruskan tiket penerbangan bagi tahanan Imigresen di Malaysia dipulangkan ke tanah air.

Dalam perkara berkenaan, beliau mencadangkan agar masalah ini boleh ditangani oleh syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan.

Pada masa yang sama, bagi mengelak kejadian negatif seumpama berulang lagi beliau menyeru orang ramai agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan.

“Saya yakin kita dapat membersikan segala ketirisan yang mencemarkan imej negara sekiranya kita semua berganding bahu,” kata King Sing lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. MENTERI kerajaan PERBANDUAN ni macam-macam hal… KUASA anda boleh buat report POLIS dan SPRM bukan datang menyerang UrusSelia KLIA kerana menahan SEORANG WANITA pelancong China. Imigresen boleh buat report POLIS kerana pencerobohan kawasan larangan. MAHKAMAH akan menentukan kebenaran. Orang seperti ini merosakkan peraturan dan Undang-undang Malaysia

  2. MB Johor pun boleh serbu sempadan tak kan menteri pelancongan tak boleh . memang sepatutnya tugas menteri mengatasi undang2. supaya salah guna kuasa pekerja terlibat dapat diatasi . memang ada berlaku di pintu masuk negara pegawai minta duit tunjuk . apa maksud duit tunjuk tu aku pun tak tahu . buka dalam utuib ada . selalu diperkatakan oleh pelancong Indonesia

  3. Minta Dato Ayob segera siasat dengan segera, tak kira siapa samada menteri atau pegawai yang menyalahi aturan, sabit kesalahan minta diheret kemuka pengadilan dengan segera!

  4. Menteri KDN makan gaji buta kaaaa? SPRM tidor kaa? ker Menteri Pelancongan ni bebal mcm gangster?

Comments are closed.