Hadi DAP Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan oleh doktor.

Menurut anaknya, Muhammad Khalil, kesihatan Ahli Parlimen Marang berkenaan sedikit merosot sebelum sambutan Hari Raya AidilAdha pada Khamis lalu.

“Assalamualaikum, mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru.

“Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya melalui kenyataan ringkas di media sosial.

Menurut Muhammad Khalil, Presiden Pas itu juga tidak sihat ketika melancarkan jentera pilihan raya Perikatan Nasional Terengganu lima hari lalu.

“Malah kehadiran ayahanda ke pelancaran jentera pilihan raya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.