Tangkap layar kamera litar tertutup (CCTV) penunggang motosikal yang dipercayai meragut rantai 'thali' seorang guru di Mentakab Sumber : Polis Temerloh

KUALA LUMPUR – Seorang guru wanita berbangsa india berputih mata setelah rantaiĀ  perkahwinan atau thali yang dipakai sejak 25 tahun lalu diragut dalam di hadapan Pasaraya TF di Mentakab, Temerloh semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar, kejadian berlaku pukul 1.07 petang ketika mangsa yang berusia 49 tahun bersama anaknya selesai membeli barang di pasar raya terbabit.

“Dalam perjalanan ke keretanya, mangsa tiba-tiba telah didatangi suspek disyaki lelaki berbangsa India menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y16 terus meragut rantai leher yang sedang dipakainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa tergamam dan tidak sempat berbuat apa-apa setelah rantai lehernya diragut manakala suspek terus memecut motosikalnya dan meninggalkan tempat kejadian.

“Suspek mengenakan pakaian jaket lengan panjang warna hitam dan memakai helmet warna kelabu serta visor gelap menutupi muka.

“Mangsa memberitahu suspek telah meragut rantai ‘thali’ perkahwinan yang dipakainya dengan berat anggaran 80 gram dan bernilai RM30,000 dalam kejadian itu,” tambah Roslee.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast