Tiong King Sing

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tidak kelihatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Media yang berkampung sejak jam 9 pagi tadi turut tidak menemui seorang pelancong yang ‘diselamatkan’ oleh King Sing memasuki suruhanjaya siasatan itu.

Kedua-dua mereka sepatutnya disoal siasat oleh SPRM hari ini berhubung insiden yang berlaku Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

King Sing didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh jabatan itu.

Sebelum ini, King Sing menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.

Beliau turut mendakwa video itu dirakam oleh pegawai Jabatan Imigresen yang berada di tempat kejadian, tindakan yang didakwanya sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pertemuan bersama menteri itu hari ini susulan dakwaan rasuah di KLIA.

Beliau berkata, pelancong dari China yang dikatakan menjadi mangsa kepada perlakuan rasuah berkenaan juga akan bersama dalam pertemuan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

23 Komen

  1. sekarang ni zaman viral…kena pada diri sendiri nak salahkan org yang sebarkan video tu pulak…isu utama sekarang kenapa kamu beriya iya sangat nak lepaskan pelancong tu?dengar kata bukan sekali tu je kau buat hal….tak perlu nak pusing isu ye ‘menteri’…kalau ada rasuah pun kau boleh je laporkan pada SPRM tak perlu nak kecoh kecoh…rasa muskil sgt dgn tindakan dia nih…mmm dia ni pikir yg dia masih lagi pembangkang kot…

  2. patutnya menteri ni yg kena siasat sprm n pdrm salah guna kuasa. sibuk kacau kerja orang. img ada sop n kpi kerja. banyak kerja yg dia tak buat sebagai menteri.ini akibat lantik menteri bukan bidangnya. sprm n pdrm n img aku sokong kerja hang. jalankan tugas

  3. mesti ada kena mengena dgn kes 1.3 juta rakyat China yg hilang dlm negara ini

    • Takkan tiada kaitan dengan kibbutz di tanah rizab Melayu sebijik sebesar kibbutz di Penang dan Singapore politikus Pak Pandir istimewa ooiii!

  4. Pelancong yg masuk Malaysia tu sebangsa dengan menteri tu, sabit pon dia tolong, kalau bangsa lain tengok kena tahan, x dak menteri tu nk turun, zaman sekarang memang patut kena rakam dan viral baru ada bukti dan orang tahu perangai menteri² kalau tak ada rakaman, menteri boleh guna kedudukan dia yang salah jadi belot, rakaman ni hak semua orang, biar ada bukti untuk repot, kalau cakap saja orang tak akan percaya perangai menteri mcm tu.

  5. Kalau orang awam menganggu tugas penjawat awàm mereka akan ditangkap, didakwa dan dipenjarakan.

    Rakyat tengah melihat dengan penuh minat kes kayangan yang melibatkan menteri ni. Adakan undang2 rimba akan digunakan oleh kerajaan pakatan hancing sekarang demi menyelamatkan kroni mereka?

    Rakyat yang akan mengundi di 6 negeri dalam PRU ini boleh melihat dan menilai sendiri.

  6. Kena semak balik brapa Rakyat Cina datang ke semenanjung dia dah lepaskan ni. Sabah dan Serawak brape pulak. AllahuwaklamJames

  7. Soalan orang awam. Kalau ada bukti dan ada unsur rasuah. Patut kalau lu anak jantan dan pelancong yang di ugut minta rasuah. Kenapa tak datang bersama beri keterangan pada SPRM?

  8. guna kuasa pangkat kedudukan langgar perlembagaan. pemimpin bansa melayu terpaksa berdiam diri Dan menyebelahi kerana takut hilang kedudukan

  9. menteri ini nak selamatkan kaum komunis masuk negeri ini dan kemudian hilang diri. Jika perempuan itu warga bangladesh, tak mungkin menteri komunis tolong.

  10. bila PH berkuasa habis sewmua nak disentuhnya,
    ni menteri PH semua cap ayam

Comments are closed.