KUALA LUMPUR – Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dilantik sebagai Pengerusi MARA Corporation yang baharu.
Pelantikan itu bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu dibuat oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, kata Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dalam hantaran di Facebook.
“Dengan pengalaman luas Hamad Kama Piah dalam mengemudi syarikat pelaburan milik kerajaan yang besar seperti seperti PNB dan beberapa syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia, termasuk mempelopori beberapa skim pelaburan seperti ASN, ASB, ASW dan lain-lain diharapkan mampu melonjakkan lagi prestasi pelaburan dan penjanaan perniagaan MARA Corporation.
Ia sekali gus mampu meningkatkan dana MARA bagi memperkasakan agenda pembangunan sosio-ekonomi Melayu-Bumiputera.
MARA Corporation institusi di bawah MARA yang bertanggungjawab menguruskan anak-anak syarikat MARA dalam sektor pelaburan dan pelbagai cabang perniagaan dan salah satunya ialah Pelaburan MARA Berhad.
“Yang paling penting MARA tidak akan pernah berkompromi dalam aspek tadbir urus, tata kelola yang baik bagi memastikan tidak berlakunya pembaziran, ketirisan dan salah laku yang boleh menjejaskan integriti MARA,” kata Asyraf. – MalaysiaGazette