Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bilangan 4 Tahun 20023 di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 04 JULAI 2023.

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tidak adil untuk mana-mana pihak membuat tuduhan melulu terhadap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Sebaliknya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar perkara itu perlu dibuat berdasarkan siasatan yang sedang dilakukan.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan mungkin terdapat segelintir pihak di dalam agensi berkenaan yang terlibat sehingga  menjejaskan nama baik organisasi.

“Jika ianya benar mesti diperbaiki, jika ianya tidak benar mesti dilakukan pencerahan. Kita tidak wajar untuk melakukan tuduhan-tuduhan secara rambang dan dalam perkara ini yang penting ialah keberkesanan terhadap langkah-langkah oleh kedua-dua agensi atau jabatan berkenaan kerana memang mungkin ada ‘kacang-kacang hantu’ yang memang wujud dan sentiasa wujud.

“Oleh sebab itu ‘kacang-kacang hantu’ ini yang merosakkan susu sebelanga kerana nila setitik. Ini ianya harus dibanters,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di sini hari ini.

Beliau ditanya media mengenai pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam apabila memberitahu dua jabatan tersebut kini sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut Perdana Menteri, beliau menerima maklumat wujudnya unsur salah guna kuasa mengenai proses untuk mendapatkan sijil warga negara dengan bayaran tertentu di JPN.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersetuju dengan tindakan dilakukan oleh Perdana Menteri yang mahu supaya siasatan dilakukan terhadap perkara situ.

Katanya, langkah itu sangat baik bagi mencari pencerahan terhadap tuduhan-tuduhan oleh pihak-pihak tertentu. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. kena perhati juga kenapa jutaan rakyat negara China, Indonesia, Bangladesh yang masuk dan tidak keluar dari Malaysia sehingga melebihi tempoh visa. Sedangkan rakyat semanjung yang pergi ke sabah dan sarawak pun kena halau apabila tamat tempoh 3 bulan.

  2. Terimakasih diucapkan kepada pegawai yang merakam perbuatan menteri yang menyalahi undang2 yakni menganggu gugat penjawat awam yang melakukan tugas mereka. Kalau tidak rakyat teramai tidak mengetahui perlakuan buruk menteri yang menyalahi undang2 tersebut.

    Terimakasih juga kerana segera buat lapuran polis berkenaan ketiadaan return ticket pelancung misteri berkenaan.

    Diharap peguam negara dapat dengan segera mendakwa mereka2 yang secara terang2an telah melanggar undang2 negara!

  3. Mesin cetak ringgit pun Made in China. Justeru, tak heranlah 1.2 juta pelancong Cina tiada rekod keluar disusuli 1.3 juta MyKad lesap, dan kibbutz di tanah rizab Melayu sebijik sebesar kibbutz di Penang dan Singapore politikus Pak Pandir istimewa ooiii!

  4. ZAHID HAMIDI ni Menteri DESA… dia layak ke bab-bab Komen berkaitan RASUAH? ZAHID kau tahu ke rasuah tu binatang apa? jika tahu macam mana boleh berlaku dan bagaimana tricks untuk ELAK DIDAKWA? formula terkenal dari NAJIB RAZAK “rancang SAKIT” sama tarikh MASUK MAHKAMAH.. ZAHID ada formula tambahbaik ke?… Sayonara goodbye Zahid Hamidi ni betul-betul tak boleh tangguh walau betul-betul SAKIT…. PRN 6 NEGERI

Comments are closed.