Aktiviti “Mencipta Model Kapal daripada bahan kitar semula” oleh para pelajar SMK Lembah Bidong.

KUALA TERENGGANU – Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah melaksanakan Program Services Learning Malaysia University for
Society Program (SULAM) dengan SMK Lembah Bidong, Setiu, baru-baru ini.

Program yang turut disertai 50 orang pelajar Sarjana Muda Pengurusan Maritim, Fakulti Pengajian Maritim (FPM) dipimpin oleh Dr. Nik Nurhalida Nik Hariry, yang Penyelaras Program SULAM.

Nik Nurhalida berkata, program ini untuk menggalakkan perkongsian asas bagi menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

Secara tidak langsung program ini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kepentingan khazanah kapal karam yang terdapat diperairan negara amnya.

Subjek ‘arine Salvage & Underwater Heritage (MMM3673) telah terpilih untuk melaksanakan program SULAM bagi semester II 2022/2023.

Nik Nurhalida yang juga pensyarah bagi subjek ini bekerjasama dengan pelajar SMK Lembah Bidong, Setiu, menjalankan program SULAM yang bertajuk “Kepentingan
Khazanah Warisan Kapal Karam di Perairan Terengganu”.

Pemilihan SMK Lembah Bidong kerana reputasi dan lokasi sekolah bersesuaian dengan tajuk program yang dilaksanakan.

Selain itu, penerangan mengenai kapal-kapal karam di perairan Malaysia dan Slot 2 aktiviti para pelajar SMK Lembah Bidong “Mencipta Model Kapal daripada Bahan Kitar Semula” diadakan. – MalaysiaGazette