KUALA LUMPUR – Polis menahan empat individu warga Indonesia, termasuk seorang wanita, bagi membantu siasatan penemuan mayat berbungkus plastik dalam bonet sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Taman Orkid, Shah Alam, Selangor semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt. Ramsay Anak Embol berkata, kejadian disedari oleh orang awam pada jam 3.25 petang setelah tercium bau busuk daripada kereta Honda City yang telah berada di situ dua atau tiga hari lalu.

“Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 47 tahun.

“Semakan motokar juga didaftarkan atas nama mangsa. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk Post-Mortem,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Ramsay, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40 an direman bermula hari ini hingga 10 Julai depan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mepunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, ASP Mohammad Khairi di talian 012-2666025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast