Majlis pelancaran kempen terbaharu sempena ulang tahun Eco-Shop Malaysia yang ke-20 berlangsung hari ini di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

JAKARTA- Kebanjiran konsert artis ternama luar negara seperti Coldplay dan Blackpink menyebabkan ramai rakyat Indonesia terpaksa meminjam daripada pusat teknologi kewangan (fintech) bagi mendapatkan wang segera.

Menurut Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia (OJK), baki pinjaman tidak berbayar daripada platform digital mencecah 51.5 bilion rupiah (RM15.93 bilion) pada Mei, melonjak 28 peratus berbanding tahun lalu.

Ketika ini, regulator memberi amaran supaya peminjam lebih berhemah serta tidak meminjam melebihi kemampuan.

“Kebanyakan peminjam yang mempunyai masalah untuk membayar hutang biasanya meminjam untuk tujuan keperluan kepenggunaan contohnya pembelian gajet baharu, rekreasi, fesyen dan malah ada yang meminjam untuk membeli tiket konsert, kata Pesuruhjaya OJK, Friderica Widyasari Dewi, hari ini.

Katanya, penembusan pasaran telefon pintar mengatasi pertumbuhan akses perbankan di negara itu menyebabkan perkhidmatan kewangan bersandarkan Internet berkembang pesat sebagai alternatif kepada pinjaman konvensional bagi membantu perniagaan-perniagaan kecil mendapatkan dana.

Namun begitu, lebih separuh daripada baki hutang tidak berbayar masih berpusat di Jakarta dan kawasan-kawasan sekitarnya di Jawa Barat, dengan hanya kira-kira 40 peratus sahaja dana digunakan oleh perniagaan kecil.

Menurut beliau, nisbah hutang atas talian jahat (kredit yang mana peminjam tidak membuat pembayaran dalam tempoh lebih 90 hari daripada tarikh matang) meningkat 3.36 peratus pada Mei berbanding 2.78 peratus pada 2022.

Bagaimanapun angka itu masih berada di bawah nilai ambang yang ditetapkan pihak berkuasa iaitu lima peratus.

“Kami akan terus menasihatkan orang ramai untuk memahami risiko pinjaman atas talian terutamanya risiko meminjam daripada fintech haram,” kata Dewi.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast