Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta agar soal perundangan terhadap Datuk Seri Najib Razak ‘diasingkan’ dengan pilihan raya di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Ahmad Zahid, tidak ada sebab untuk penyokong bekas perdana menteri itu untuk memboikot PRN pada 12 Ogos depan.

Ahmad Zahid berkata, Najib melalui anaknya telah menyampaikan mesej supaya sokongan berikan kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah beliau, tidak ada sebab untuk segelintir pihak berfikir bahawa tidak ada usaha dilakukan agar Najib mendapat keadilan sewajarnya.

“Kita mesti mengasingkan soal perundangan dengan PRN. Datuk Seri Najib sendiri melalui anakanda beliau menyebut sokongan mesti diberikan kepada kerajaan madani sekarang ini.

“Kalau Datuk Seri Najib sendiri meminta bukan sahaja penyokong beliau tetapi juga rakyat Malaysia supaya mendukung (kerajaan).

“Tidak ada sebab terdapat segelintir yang mempunyai pemikiran bahawa usaha tidak dilakukan untuk membela beliau bukan sahaja dari segi perundangan tetapi juga aspek sosial yang lain,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri ditanya cakap-cakap kononnya penyokong Najib akan memboikot pilihan raya di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Tindakan memboikot tersebut didakwa akan dilakukan selepas kerajaan dituduh tidak bersungguh-sungguh untuk memberi keadilan terhadap Najib.

Sebelum ini tular video anak Najib, Mohd Nizar menjawab dakwaan bahawa ayahnya marah terhadap Kerajaan Perpaduan dan menuntut supaya ahli UMNO menyokong Perikatan Nasional.

“Ini tidak benar sama sekali. Ayahanda saya tidak pernah menyuruh ahli-ahli UMNO supaya membelakangi Kerajaan Perpaduan dan menyokong Perikatan Nasional. Itu tidak pernah berlaku,” kata Mohd. Nizar.

Sementara beberapa pemerhati politik berpandangan tindakan membebaskan Najib sekarang akan menguntungkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tanpa memberi sebarang mudarat dalam enam pilihan raya negeri.

Penganalisis politik, Lim Sian See misalnya berkata, Najib sudah tentu akan menaikkan semangat jentera UMNO dan BN dengan sangat ketara jika beliau dibebaskan dan dapat berkempen.

“Sebahagian besar penyokong UMNO-BN yang kecewa sebelum ini sebab parti masih belum beri keadilan kepada Najib selepas tujuh bulan bentuk kerajaan juga akan bantu, sokong dan undi semula BN,” katanya dalam hantaran di Facebook.-MalaysiaGazette

4 Komen

  1. ramai ke penyokong Najib tu? . aku rasa mereka ini suara je terik kuantiti nya tak seberapa pun . tak ada. manusia yang waras dengan tak malu menegak benang basah .

    abaikan lah penyokong itu . hormat lah cita2 PM untok menghapuskan rasuah ni . penyokong kebaikan itu wajib dan menyokong kemungkaran itu haram . jangan lah sabotaj usaha murni PM demi negara dan rakyat . tak perlulah ikut hasutan pembangkang yang kerajaan gabungan phbn tak tunai janji . kerajaan ini dalam keadaan darurat . rakyat perlu faham hal ini . siapa pun bila dah bergabung dengan musuh menjadi kawan segala urusan kena berubah . pertimbangan kena saksama . nak menghasut rakyat memang mudah apa lagi bila guna ugama dan bangsa yang menjadi kepentingan mereka .

    padahal yang menghasut itu pun 2×5 juga . tidak lah bersih sangat dan tidak lah alim sangat . sekadar berpura dengan ilmu yang lebih sikit bersalut jubah serban . tapi hatinya penuh dendam dengki fitnah sesama Islam yang dilarang dalam Islam . tapi itu lah yang mereka lakukan . apakah rakyat tidak memandang …..

    • hahaha ramai tak ramai cuba la kita tengok. bro jangan sembang la bab dengki mendengki dengan fitnah memfitnah sebab puak² BMX dah amalkan malah dah jadi darah daging.jangan sembanglag usaha murni bagai, kalau kata puak2 BMX dengan PH ni mana datangnya usaha murni kalau usaha melingkupkan adala. mana pergi semua janji² manis kononnya bijak sangat mentadbir negara, boleh selesai semua masalah dalam masa yang singkat.
      kenapa perlu hormat kepada seorang yang naik dengan fitnah dan pembohongan. kita tak perlu sanjung seorang yang munafik sebab bukti2 sudah jelas bahawa PM seorang yang munafik sebab berbohong secara terang kepada rakyat. menabur janii² manis tapi hakikatnya x mampu laksanakan apa pun.

  2. Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI untuk PRN SEMUA kena ambil kira… Penipu Penyamun Lanun SUMPAH Melayu Cina India Islam Kafir semua itu tidak boleh dipisahkan…. Perundangan dan Janji perlu disatukan bersama… ZAHID ZAHID… apa lagi ANDA nak, TPM 2 KALI dah dapat Passport dah dapat Kayaraya dah dapat.. TEMPOH KESELESAAN SEMENTARA pun dah dapat.. apalagi ANDA MAHU? takkan sampai minta nyawa pulak… tengok ANDA macam LEBAI dah takkan tak dapat beza mana baik untuk rakyat..

Comments are closed.