Babu Thamizan

KUALA LUMPUR – Bagi penggemar makanan India seperti nasi daun pisang atau beriani, pastinya Oh Yeah Banana Leaf akan muncul dalam kepala anda.

Oh Yeah Banana Leaf terletak di dua lokasi iaitu di Bukit Bintang dan Baru Caves terkenal dengan hidangan signatur iaitu beriani bambu dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong di Malaysia.

Restoran Oh Yeah Banana Leaf yang terletak di Bukit Bintang dan Batu Caves telah beroperasi sejak tiga tahun lepas.

Pengasasnya dikenali sebagai Babu Thamizan, Oh Yeah Banana Leaf merupakan idea beliau dan ibunya yang sudah lama menjalankan perniagaan membekal menjual sayur borong di Pasar Borong Selayang.

Kata Babu, walaupun ada yang menganggapnya idea risiko dan gila kerana membuka kedai makan ketika pandemik namun beliau yakin dengan pengalaman serta resepi dan menu untuk peminat makanan daun pisang.

Satu keunikan Oh Yeah Banana Leaf terletak pada penggunaan daun pisang sebagai alas hidangan yang memberikan aroma semulajadi dan rasa istimewa kepada setiap sajian.

Briyani Bambu

“Antaranya adalah beriani bambu yang jarang ada di restoran, hidangan beriani memang banyak dengan menggunakan bambu ini jarang kerana prosesnya.

“Tetapi kami di Oh Yeah Banana Leaf, hidangan ini memang terkenal dan sentiasa menjadi tarikan sehingga kita tidak menang tangan terutamanya ketika musim cuti atau hujung minggu.

“Ada macam-macam tapi yang paling dapat permintaan ialah briyani kambing, ada ayam, ikan, udang, ketam juga untuk pemakan hidangan sayuran, kita ada beriani sayur.

“Kita ada juga hidangan shell out menggunakan bambu kebanyakannya adalah makanan laut. Oh Yeah Banana Leaf juga menghidangkan hidangan seperti lamb shank, naan tandoori dan juga Panni Puri,” katanya ketika ditemui baru-baru.

Dengan suasana yang santai dan hidangan yang lazat, Oh Yeah Banana Leaf menawarkan pengalaman makan yang unik dan memuaskan.

Bukan sahaja mempunyai pelanggan tetap ia juga menjadi pilihan selebiriti, ahli korporat dan juga para pemimpin tanahair.

Kata Babu, baru-baru ini beliau mendapat kunjungan pelakon komedi terkenal India, Yogi Babu yang begitu gembira dengan menu-menu menarik di Oh Yeah Banana Leaf.

Hidangan ala Shell Out

“Macam-macam beliau makan, semuanya licin. Kata Yogi Babu makanan di sini sungguh sedap dan unik, rasa itu yang membuatkan makan pelbagai menu. Saya memang terkejut dan teruja,” ujarnya.

Bersama aktor Yogi Babu

Selain makanan daun pisang dan beriani bambu Oh Yeah Banana Leaf juga menyediakan hidangan seperti idli, dosai, poori, uppuma, ponggal, pelbagai masakan goreng.

Oh Yeah Banana Leaf juga terkenal dengan hidangan kari tradisional mereka pelbagai pilihan termasuk kari daging kambing, kari ayam, kari ikan, dan kari sayur yang juga dengan kombinasi roti canai, idli atau naan yang lembut dan beraroma.

Restoran itu tidak hanya menawarkan hidangan yang lazat tetapi juga menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan pelayan berpengalaman dan peramah akan membantu memilih hidangan terbaik.

Bagi pencinta makanan pedas, Oh Yeah Banana Leaf juga menyediakan sos pedas yang khas.

Jika anda ingin mencuba hidangan India Selatan yang lazat dan mengasyikkan, Oh Yeah Banana Leaf adalah antara destinasi yang sesuai di ibu kota. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast