KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) akan mengenakan tindakan terhadap individu-individu yang meletakkan kenderaan mereka di lorong Kuantan Art Street, di sini.

Menurut MBK, pihaknya telah mengesan beberapa individu yang berbuat demikian kira-kira jam 3 pagi 2 Julai lalu.

“Pihak Majlis berjaya mengenal pasti kesemua nombor pendaftaran kenderaan terlibat melalui rakaman CCTV dan tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas individu yang terlibat,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial hari ini.

Katanya, individu terbabit dipercayai sengaja berkumpul dan menyusun kira-kira 10 kereta milik mereka di tengah lorong tersebut.

Berikutan itu, MBK mengingatkan orang ramai agar tidak membawa kenderaan kawasan Art Street memandangkan ia merupakan kesalahan di bawah seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast