Tradisi menggulung bidai yang dihampar diruai dilakukan dalam keramaian dan majlis penutupan mempunyai maksud tersirat sempena festival Gawai.

KUALA LUMPUR – Ngiling Bidai yang selalunya disambut di rumah panjang, buat kali pertama diraikan di hotel bersama tetamu yang datang dari luar Sibu.

Penganjuran ini sekali gus menjadikan Ngiling Bidai sebagai satu lagi produk pelancongan budaya yang boleh diketengahkan, kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Ngiling Bidai adalah simbolik kepada penutup sambutan Gawai yang merupakan satu acara penting kepada masyarakat khususnya di Sarawak termasuk di Sibu.

Walaupun Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak serta sebahagian Kalimantan Barat, namun festival ini turut diraikan oleh seluruh masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Tradisi menggulung bidai yang dihampar diruai dilakukan dalam keramaian dan majlis penutupan mempunyai maksud tersirat sempena festival Gawai.

Menggulung tikar juga menjadi satu simbolik bahawa keramaian telah berakhir sekali gus penghuni saling mengemas dan membersihkan kawasan rumah panjang selepas tamat
upacara Gawai.

“Penganjuran program-program yang dapat mengangkat seni budaya tempatan seperti ini perlu diperbanyakkan bagi membuka lebih banyak peluang kepada penggiat
tempatan menonjolkan karya dan produk masing-masing.

“Dalam konteks mengangkat kecemerlangan budaya ini, usaha penting yang boleh dilaksanakan ialah membangunkan infrastruktur budaya yang moden dan lestari,” menurut Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing yang diwakili oleh timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Tambah beliau, penganjuran majlis ini tepat pada masanya sejajar usaha memajukan sektor pelancongan setempat di daerah ini menerusi kekayaan warisan budaya masyarakatnya.

MOTAC sentiasa mengangkat dan menghargai semua elemen warisan, tradisi, kebudayaan, kesenian dan adat istiadat setiap suku kaum di negara ini.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan supaya semua pihak memelihara perpaduan negara dengan tidak memainkan isu perkauman dan agama, kerana ia akan mewujudkan racial tension atau ketegangan kaum.

“Semua kaum dapat memahami makna kontrak sosial yang wujud menerusi perasaan kasih sayang dalam suasana harmoni dan muhibah; saling memberi dan menerima; serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Sebab itu kita perlu saling bertoleransi di dalam konteks masyarakat majmuk. Masyarakat yang pelbagai agama dan bangsa merupakan keunikan negara kita. Sebab itu saya pernah kata, kalau hendak melihat semangat Malaysia majmuk yang saling hormat menghormati, datanglah Sarawak, kerana di sinilah mencerminkan perpaduan Malaysia yang sebenarnya.

“Apa yang boleh dilakukan di sini, akan menjadi isu besar jika ia dilakukan di Semenanjung. Itulah realitinya, bila wujud segelintir pihak yang suka memecah belahkan masyarakat dengan menggunakan sentimen ekstremis agama dan kaum. Daripada bermain dengan api yang berupaya merebak menjadi besar dan memudaratkan negara, lebih baik jelaskan kepada rakyat apa tawaran kepada mereka.

“Apa yang kita mampu membantu rakyat dan negara berdepan waktu sukar akibat ketidaktentuan ekonomi global pada ketika ini. Apa khidmat yang boleh kita salurkan dan apa inisiatif yang boleh diperkenalkan untuk membantu rakyat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast