LONDON – Pemain tengah kreatif Manchester United, Fred dilaporkan mengalami kebimbangan tentang minit permainannya pada musim depan.
Pemain berusia 30 tahun itu yakin kehadiran Mason Mount akan menjadi penghalang terbesar untuk dirinya menjadi pemain utama di posisi tengah Manchester United.
Pakar perpindahan, Fabrizio Romano melaporkan situasi itu menyebabkan pemain itu bimbang tentang masa depannya dan mempertimbangkan untuk berpindah.
“Kini terdapat dua pasukan yang disebut Romano berminat menggunakan khidmat pemain tengah itu iaitu Fulham dan juga beberapa kelab di Liga Pro Saudi.
“Fulham kini dilaporkan akan mengemukakan tawaran kedua untuk mendapatkan Fred setelah tawaran pertama mereka telah ditolak,” katanya di media sosial.
United mereka dilaporkan sudah bersedia untuk menjual Fred namun keputusan untuk menjual Fred bukan pemain antarabangsa Brazil itu tidak lagi diperlukan.
Tetapi pihak kelab tidak ingin melepaskan pemain itu secara percuma memandangkan kontraknya hanya tinggal setahun lagi.
Fred telah bermain 35 kali dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dan turun dalam kesebelasan utama ketika United tewas 2-1 di final Piala FA kepada Manchester City.
Musim ini merupakan kempen terbaik pemain berusia 30 tahun itu daripada segi penampilan dengan 56 perlawanan merentasi semua pertandingan. – Agensi