KUANTAN – Seorang suri rumah didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Pekan dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan sijil kelahiran yang mengandungi butiran palsu.
Tertuduh, Chua Chiew Yen, 43, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin hari ini.
Mengikut fakta kes, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pekan semasa cuba membuat kad pengenalan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
“Tertuduh didapati memberi maklumat palsu dalam butiran sijil kelahiran semasa mendapatkan kad pengenalan kali pertama 12 tahun kanak-kanak itu yang didakwa anak kandungnya,” kata JPN Pahang dalam kenyataannya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan dibawah Akta Kelahiran Dan Kematian 1957 (Akta 299) Seksyen 36(1)(h) dan dikenakan hukuman Denda RM10,000.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa JPN Pahang, Mohd Jeffri Abd Rashid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, JPN menyeru orang ramai agar memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam penyaluran maklumat agar setiap isu penyelewengan dapat dikesan. – MalaysiaGazette
kenapa maklumat diperlukan dari orang ramai..adakah berlaku kesilapan pegawai pengendali yg tidak menyemak rekod rekod sehingga berlaku kebocoran.
Semak punya semak 1.2 juta pelancong Cina tiada rekod keluar entah di mana disusuli 1.3 juta MyKad hilang lurus bendul politikus Pak Pandir OKU sejak jadi barua penjajah British ooii!