JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kekal mengungguli tempat pertama dalam kalangan Universiti Awam (UA) di negara ini menerusi kategori Graduan Berpendapatan Premium (Ijazah Sarjana Muda).
Ia berdasarkan Laporan Penuh Kebolehpasaran Graduan (GE) 2022 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) minggu lalu .
Naib Cancelornya, Prof Datuk Ahmad Fauzi Ismail berkata, pencapaian itu mengukuhkan lagi kedudukan universiti itu.
“Disamping itu, UTM turut mencatatkan kedudukan pertama bagi kategori Graduan Tahap Kemahiran Tinggi dengan kadar 85.4 peratus.
“Ini selaras dengan pelan strategik enVision UTM 2025 yang memfocuskan kepada kemenjadian graduan berkemahiran tinggi menerusi program akademi berkualiti,releven dan berimpak tinggi,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, universiti tersebut turut mengekalkan kecemerlangannya dalam aspek kebolehpasaran graduan (GE) dengan kadar 99 peratus, sekali gus membolehkannya berada pada kedudukan tiga teratas di peringkat nasional.