Axel Disasi. Foto Eurosport.

LONDON – Manchester United dilaporkan telah menetapkan harga untuk kaptennya, Harry Maguire sebanyak £50 juta pada musim perpindahan kali ini.

Laporan itu menyebut bahawa ia merupakan harga permulaan untuk mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan pertahanan berusia 30 tahun ini.

Bagaimanapun Maguire akan berjuang berhabis-habisan untuk memperjuangkan tempatnya di United.

Namun, kedudukan bek tengah England itu juga bergantung kepada keputusan Erik ten Hag yang akan menentukan nasibnyapada musim depan.

Pakar perpindaham Fabrizio Romano pula melaporkan, United  telah menyediakan rancangan untuk mendapatkan pemain pertahanan AS Monaco, Axel Disasi sebagai pengganti Maguire dalam pasaran perpindahan musim panas 2023.

Dia memberitahu, Disasi merupakan pemain dalam senarai buruan di mana pihak kelab juga dilaporkan telah menghubungi pemain tersebut untuk potensi perpindahan ke Old Trafford.

“Mereka (Manchester United) telah menghubungi pemain. Disasi juga sangat berminat untuk menyertai Manchester United dan pemain itu juga merupakan pemain yang Manchester United mahukan,” ujar Roman. – Agensi