Baby Shima.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut, Baby Shima menfailkan saman terhadap Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd. Rahman Mat Noor berhubung ucapan kata-kata fitnah.

Saman itu dikemukakan Shima menerusi peguam, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu berdasarkan kausa tindakan saman fitnah dan malicous falsehood di bawah undang-undang tort.

Muhammad Noor Azfar berkata, sehingga tarikh kenyataan hari ini proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang.

“Bagi maksud menghormati proses mahkamah dan mengambil kira individu-individu yang dinamakan di atas belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan, anak guam kami tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut berkenaan dengan merit tindakan-tindakan ini.

“Kami juga telah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang telah terlibat dalam menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersil.

“Anak guam kami merizabkan haknya untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tuntutan saman itu dipercayai dibuat selepas Abd Rahman pernah mendakwa penyanyi berkenaan ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast