Lawatan Tunku Ismail ke Singapura berakhir hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Kem Pasir Ris, Singapura, hari ini.

Lawatan Tunku Ismail yang juga Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) itu diiringi Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Singapura, Zaqy Mohamad dipersembahkan demonstrasi Close Quarters Battle (CQB).

Menurut kenyataan laman rasmi baginda, Tunku Ismail turut dijemput untuk mempamerkan kemahiran aksi menembak dalam satu rutin latihan menembak tentera.

Sesi lawatan tersebut diteruskan dengan demonstrasi Airborne dan mengelilingi kem bersama kenderaan Combat Jeep pasukan SAF.

Tunku Mahkota Johor dalam lawatan rasmi ke Singapura selama tiga hari dan berakhir hari ini atas undangan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast