Pau Torres. Foto BBC.

LONDON – Aston Villa telah mengesahkan kelab itu secara rasmi menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol, Pau Torres dari Villarreal yang disifatkan penyokong sebagai pemain berprofil tinggi.

Pengurus Unai Emery kini berusaha untuk memperkuatkan lagi skuadnya selepas membimbing Aston Villa menjauhi zon penyingkiran dan memasuki separuh teratas Liga Perdana musim lalu

Dia telah menggunakan pengaruhnya di La Liga dan hubungan baiknya dengan bekas kelabnya Villarreal khususnya untuk mendapatkan Torres.

Pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak dengan bayaran yang tidak didedahkan dan merupakan penyatuan semula Torres dengan Emery yang telah melatihnya selama beberapa musim di Villarreal.

Produk dari Akademi Villarreal membuat penampilan sulungnya untuk kelab itu pada 2017 di mana kontrak akan tamat pada penghujung musim 2023/2024.

Villarreal memilih untuk mendapatkan wang daripada mempertaruhkan kemungkinan pemain itu pergi secara percuma pada musim panas depan.

Pemain pertahanan antarabangsa Sepanyol yang kental itu adalah sebahagian daripada skuad kebangsaannya di Piala Dunia 2022. – Agensi