GEORGE TOWN – “Dia (Muhammad Sanusi Md Noor) celuparnya terlalu lama dan saya belum pernah jumpa watak macam ini meskipun sudah lama dalam arena politik”.
Demikian tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika diminta mengulas adakah kenyataan Menteri Besar Kedah yang didakwa keterlaluan sehingga menyentuh isu 3R iaitu agama, bangsa dan institusi diraja disebabkan musim Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.
Kata Saifuddin, Muhammad Sanusi juga dilihat terbawa-bawa popularitinya yang disukai rakyat Kedah hingga membuatkan dia percaya ‘he can do no wrong’ (tidak akan membuat kesalahan).
“Malah, apabila naik pentas politik dia tidak langsung mempamerkan akhlak seorang muslim dan saya fikir dia perlu beri tumpuan kepada menguruskan negeri bukan keterlaluan sebegini.
“Belum pernah saya jumpa watak macam ini dan ini watak luar yang luar biasa.
“Mulai hari ini saya akan mendedahkan satu persatu, saya tidak akan serang peribadi dia tetapi akan sebut bagaimana lemahnya pengurusan kewangan Kedah misalnya peruntukan duit Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang sepatutnya mengikut perlembagaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang malam tadi. – MalaysiaGazette
Rakyat tak sabar2 lagi mahu memberikan undi kepada Sanusi dan partinya @PN.
Inilah pemimpin kesayangan rakyat jelata.