Dua pengarah syarikat direman SPRM bantu siasatan SPRM.

GEORGE TOWN  – Dua pengarah syarikat direman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen palsu berhubung kerja reka bentuk kotak rokok bernilai lebih RM1.2 juta pada 2019.

Perintah reman ke atas dua lelaki yang masing-masing berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Masing-masing suspek berusia 49 tahun.

Difahamkan, masing-masing dua lelaki itu merupakan pengarah sebuah syarikat rokok serta syarikat berasaskan kesihatan.

Menurut sumber, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan kedua-dua suspek kira-kira jam 6 petang, semalam di pejabat SPRM Pulau Pinang.

Masing-masing direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Masing-masing mereka ditahan selepas dipercayai mengemukakan dokumen palsu berhubung kerja-kerja reka bentuk kotak rokok bernilai lebih RM1.2 juta pada tahun 2019 sedangkan kerja tersebut tidak pernah dibuat.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi dengan berpakaian lokap serta diiringi pegawai SPRM. – MalaysiaGazette