KLUANG – Seorang lelaki maut selepas tercampak daripada treler yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di Kilometer 71.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian jam 9.44 malam semalam mengakibatkan mangsa dikenali Zulkifli, 54, cedera parah di kepala.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaan treler remuk teruk pada bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Bahrain, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 10.20 malam. – MalaysiaGazette