KUALA LUMPUR – Pemimpin Perikatan Nasional (PN) mendakwa tuduhan terhadap Ketua Pengarah Pilihanrayanya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersifat politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berkata, tindakan terhadap Menteri Besar Kedah itu adalah klimaks dalam usaha ‘melumpuhkan’ PN Kedah.
“Isu ini kita lihat satu isu yang sedang dimula dengan satu kenyataan kemudian dimainkan menjadi satu perkara yang besar.
“Kita serah kepada proses undang-undang, tidak ada masalah cuma kita nak bagi sokongan solidariti di atas pentas politik yang kita tengah hadapi PRN enam negeri ini yang jadi klimaks. Kita tengok sekarang di Kedah punca kepada ini disebabkan oleh PRN,” katanya di luar Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini.
Awang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap Sanusi yang ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.
Dalam pada itu, Awang berkata, pertuduhan yang dikenakan terhadap Sanusi adalah satu pengajaran kepada beliau dan kepada semua pemimpin gabungan tersebut.
“Benda sudah terlajak dan ini mungkin pengajaran buat masa depan untuk semua bukan untuk Sanusi sahaja.
“Saya tidak sempat berbicara dengan Sanusi hari ini sebab semalam kami bermesyuarat perkara lain bukan isu ini,” katanya.
Mengulas lanjut, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata, pemimpin Pas yang diheret ke mahkamah adalah perkara biasa.
“Ini proses undang-undang, bukan kali pertama yang kita hadapi daripada dahulu lagi sehingga ada yang terkorban.
“Ini bukan masalah kawal mulut atau apa. Tidak ada apa bila kita bertemu dalam pentas politik selesai cara politik. Ini biasa dulu PMX sebelum jadi PM dan Ketua Pembangkang pun sama.
“Dia sudah minta maaf, tapi bila tekanan yang kita tengok sepatutnya Menteri Undang-undang boleh buat kerja KDN, Menteri KDN buat kerja Menteri Undang-undang, semua ini hanya proses.
“Kalau kita tengok dahulu pun PMX pernah ditarik balik pingat dia,” katanya. – MalaysiaGazette
Mamat nusi tu kena dakwa bukan kerana dia bercakap soal fakta,tapi didakwa atas perkara menghina sultan. Hang ingat rakyat bodoh ka?..sendiri cari penyamit kemudian salahkan org lain bila didakwa. Lain kali x pandai buat kelakar,toksah gatai nak buat kelakar..bahlol