Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan seorang wanita warga asing didera majikannya dan terpaksa melarikan diri seperti dalam video yang tular di media sosial sejak semalam.

Sebaliknya, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata. wanita warga asing yang bekerja sebagai pembantu rumah itu sebenarnya melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Pelangi di sini, bersama pelbagai barangan milik majikan serta wang tunai.

“Pada 18 Julai, lebih kurang jam 10.48 malam, polis menerima laporan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun yang memaklumkan pembantu rumahnya, seorang wanita warga asing melarikan diri bersama barangan berharga dan wang tunai miliknya.

Jumlah keseluruhannya bernilai RM10,850.

“Suspek melarikan diri dari rumah pada 17 Julai, lebih kurang 11.21 pagi di kawasan Taman Pelangi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, polis mendapati suspek melarikan diri dengan membawa sebuah beg membeli-belah warna biru dengan memanjat pahat hadapan rumah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular video dimuat naik seorang pemandu e-panggilan menunjukkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemuinya di tepi jalan sambil menangis, meminta bantuan.

Pemandu itu mendakwa wanita terbabit mengalami trauma akibat dipukul dan tidak diberi makan oleh majikannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sudah sampai masanya orang melayu atau sesiapa saja di Malaysia berhenti menggaji amah warga asing..masih ramai warga kita yg memerlukan pekerjaan. Susui lah anak sendiri dari menyusu kera di hutan.

Comments are closed.