Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa Tanjong Karang, Selangor. Foto PEJABAT PERDANA MENTERI, 19 JULAI 2023.

TANJONG KARANG – Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memohon maaf secara terbuka sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti beliau menandatangani surat bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda.

Perdana Menteri berkata, beliau masih ingat dokumen yang ditandatangani itu dibuat membabitkan RM997 juta pada 27 Jun lalu.

“Tak payah 24 jam, esok 12 jam saya boleh bawa, memang saya tandatangan 27 Jun, dia tak buat kerja, dia tak tahu.

“You cabar begitu, kalau saya tunjuk bukti saya tandatangan, dia kena minta maaf.

“Pasal saya tandatangan 27 Jun, RM997 juta, saya ingat, dia harus minta maaf,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah Perpaduan, di sini, malam ini.

Terdahulu, media melaporkan Muhyiddin menuntut Anwar mengemukakan bukti bahawa perdana menteri itu telah menandatangani surat atau dokumen selaku menteri kewangan bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Ini selepas Anwar mendakwa pelupusan hutang itu gagal dilaksanakan sewaktu Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Muhyiddin juga menuntut Anwar menarik balik kesemua kenyataan fitnah tersebut dalam tempoh 24 jam, selain memohon maaf tanpa syarat dan secara terbuka.

Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan sebelum beliau berangkat ke Hanoi, Vietnam hari ini beliau akan menghubungi Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) bagi mengemukakan dokumen pelupusan Felda.

“Tapi masalah orang politik ini, dia senang sahaja tuduh bohong, kemudian baru cabar minta fakta

“Insya-Allah sebelum saya ke Vietnam saya telefon KSP untuk keluarkan bagi contoh itu.

“Saya nak dia minta maaf secara terbuka, tak payah (beberapa jam) biar tenang esok,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ANWAR IBRAHIM ni kalut bender… sembang pagi petang Siang Malam “satu benda” berbelit-belit panjang. buang masa.
    PM Malaysia yang lain semua bijak cepat pantas “mengatasi” penyelesaian bukan spin sana spin sini.
    contoh mudah jika nak minum kopi pekat terus minta “kopi pekat”.. bukan meleret cakap.. saya dahaga nak minum kegemaran saya.. dari KECIL malah di “U” sehingga masa jadi MENTERI s/u dah faham malah di penjara pun warden bagi sampai saya jadi PM pun masih suka… hampir sejam.. baru dia sebut.. kopi pekat… suka Lara buang masa sia-sia jadi PMX. direct… terus cakap bukan BERCAKAP TERUS

Comments are closed.