Riyad Mahrez. Foto The Sun

LONDON – Al Ahli mencapai persetujuan dengan Manchester City untuk yuran penyerang sayapnya, Riyad Mahrez pada jendela perpindahan musim panas ini.

Al Ahli sedia membayar 30 juta pound (RM178.1 juta) kepada Man City untuk khidmat pemain 32 tahun itu yang juga sudah bersetuju dengan syarat-syarat peribadi ditawarkan kelab Liga Pro Saudi berkenaan.

Mahrez juga dibenarkan untuk tidak menyertai City yang menjelajah ke Jepun dan Korea Selatan bagi persiapan pra-musim.

Pemain antarabangsa Algeria yang tidak tersenarai dalam kesebelasan utama ketika final Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA turut memberitahu kepada pengendali City, Pep Guardiola yang dia mahu meninggalkan Etihad pada musim panas ini.

Bekas bintang Leicester itu membuat 47 penampilan untuk City dalam semua pertandingan musim lalu, menjaringkan 15 gol dan melakukan 13 umpanan gol.

Dia memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris, dan turut memenangi Liga Juara-Juara Eropah serta Piala FA musim lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast