KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal terus berkelana ke luar negara dengan menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Dewa United.
Perpindahan ini disahkan oleh pengurusan kelab itu menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka.
Dengan kehadiran Junior, Dewa United kini lengkap memiliki enam pemain import yang untuk saingan Liga 1 Indonesia musim 2023-2024.
Selain bekas bek tengah Chonburi itu, The Deluxe Unicorn turut menggunakan Alex Martins, Dimitris Kolovos, Majed Osman, Sonny Stevens dan naib kapten, Risto Mitrevski sebagai awang import mereka.
Sebelum ini, Junior dipinjamkan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke pasukan Thai League 1, PT Prachuap pada awal tahun ini.
Bekas pemain remaja Reading itu merekodkan tiga penampilan bersama pasukan tersebut.
Junior tidak asing beraksi di luar negara kerana selain PT Prachuap dan Dewa United, bek tengah berusia 31 tahun itu juga pernah beraksi dengan Chonburi. – Agensi