KUALA LUMPUR – Convenience Shopping (Sabah) Sdn Bhd (CSSSB) sah menjual 75 peratus pegangannya dalam Caring Pharmacy Group Bhd. kepada BIG Pharmacy Healthcare Sdn. Bhd. pada harga pertimbangan RM637.5 juta.
CSSSB adalah anak syarikat milik penuh 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd. (7-Eleven Malaysia).
Dalam kenyataan di Bursa Malaysia hari ini, 7-Eleven Malaysia memaklumkan, dokumen perjanjian daripada BIG Pharmacy 28 Jun lalu turut memasukkan terma berhubung pengambilan alih semua anak syarikat Caring serta syarikat-syarikat sekutunya.
Ini termasuk semua produk yang dikilangkan dan diedarkan syarikat itu di dalam negara.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN