Wan Rosdy Wan Ismail

RAUB – Pihak yang mencuri hasil negeri Pahang terutama meneroka tanah dan lombong haram tidak akan dikenakan kompaun lagi seperti amalan sebelum ini.

Sebaliknya, mereka yang terlibat akan terus diheret ke muka pengadilan, tegas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurutnya, tindakan kompaun tidak akan menjadikan golongan itu serik kerana mereka mampu membayar denda daripada hasil lumayan yang dikaut daripada aktiviti tersebut.

Wan Rosdy Wan Ismail mengunjungi tapak pameran JKR pada Karnival Tanah Pahang hari ini.

”Kali ini kerajaan negeri akan bertindak habis-habisan. Kita ingin meminimakan, kalau boleh kita sifarkan penerokaan tanah haram dan perlombangan haram, apa sahaja aktiviti yang bersabit aset kerajaan negeri, kita tidak benarkan sama sekali diceroboh.

”Sepatutnya hasil itu dipulangkan kepada kerajaan negeri, tapi bila haram ia menjadi sebaliknya. Saya sudah minta setiausaha kerajaan negeri, pegawai daerah supaya tiada lagi kompaun,  buat tangkapan dan terus dakwa.

“Tindakan kompaun ini tidak menakutkan mereka dan seolah-olah kerajaan negeri tidak serius. Sehubungan itu saya telah meminta supaya membawa mereka ke muka pengadilan,” jelasnya.

Terdahulu beliau merasmikan Karnival Tanah Pahang di Dewan Jubli Perak di Raub hari ini yang dihadiri hampir 1,000 pengunjung.

Wan Rosdy turut menasihati supaya semua pihak agar membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri Pahang dengan cara yang betul untuk melakukan aktiviti berkenaan bagi mengelak sebarang tindakan diambil.

“Buat cara elok, buat permohonan. Kalau lengkap, ikut prosedur, peraturan,  permohonan bukan atas tanah rizab atau tanaj pembangunan pastinya kita akan pertimbangkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pahang ada Penyakau ke? Pahang ada pencerobohan TANAH ke? Pahang ada perlombongan Haram ke?
    Hari-hari dalam ceramah DAP PKR UMNO terutama Saifuddin, Rafizi dan ANWAR IBRAHIM sesekali ZAHID HAMIDI pun sembang hanya KEDAH yang terlibat siap soalsiasat tangkapmenangkap dan didakwa. kenapa puak-puak walanon tidak pernah cerita yang hairan TV RADIO dan Media Arus Perdana pun tak nampak siarannya.

Comments are closed.