KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun masing-masing mempertahan kerusi mereka pada pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini.
Menteri Besar Selangor itu kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua manakala Menteri Besar Negeri Sembilan dicalonkan semula di kerusi DUN Sikamat di Negeri Sembilan.
Kedudukan kedua-dua Naib Presiden PKR itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Berikut adalah nama calon-calon PKR di Selangor
N09 Permatang: Mohd. Yahya Mat Sahri
N10 Bukit Melawati: Thiban Subramaniam
N11 Ijok: Amidi Abdul Manan
N14 Rawang: Chua Wei Kiat
N16 Sungai Tua: Dato’ Seri Amirudin Shari
N18 Hulu Kelang: Juwairiya Zulkifli
N19 Bukit Antarabangsa: Mohd Kamri Kamaruddin
N20 Lembah Jaya: Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)
N25 Kajang: David Cheong
N32 Seri Setia: Fahmi Ngah
N33 Taman Medan: Ahmad Akhir Paw
N37 Bukit Lanjan: Phua Pei Lei
N38 Paya Jaras: Khairuddin Othman
N39 Kota Damansara: Amin bin Yazid
N40 Kota Anggerik: Najwan Halimi
N43 Sementa: Erni Afrishah Azizi
N46 Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri
N48 Sentosa: Gunarajah R George
N49 Sungai Kandis: Zawawi Ahmad Mughni
– MalaysiaGazette