sistem bekalan
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) akan bertanding di 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN di enam negeri ini, Ogos ini.

Daripada jumlah itu, parti tersebut membariskan sembilan calon di Selangor dan Kedah, tujuh calon di Kelantan, masing-masing dua calon di Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, seramai 15 muka baharu akan diketengahkan dengan 44 peratusnya dalam kalangan calon muda dan wanita.

“Maka jumlah calon muda (seramai) tujuh orang, calon wanita tujuh orang dan jumlah dan peratus calon yang sedia ada sembilan orang dan jumlah dan peratus calon muka baru ialah 15 orang,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Berikut ada senarai calon PAN:

Selangor

N02 Sabak: Samad Hashim

N05 Hulu Bernam: Mohd Amran Mohd Sakir
N15 Taman Templer: Anfaal Shaari
N41 Batu Tiga :Danial Al Rasyid
N21 Pandan Indah: Izham Hashim
N26 Sungai Ramal Mazwan Johar
N29 Seri Serdang: Abbas Salimi Azmi
N42 Meru: Mariam: Abdul Rashid
N52 Kuala Langat: Hasnul Baharudin

Kedah
N07 Kota Siputeh: Dr Salmi Said
N07 Kuala Nerang: Ridhuan Abu Bakar
N14 Alor Mengkudu: Mahfuz Omar
N16 Kubang Rotan: Mohd Asmirul Anuar Aris
N17 Pengkalan Kundur: Dr Ismail Saleh
N18 Tokai: Zainul Abidin Saad
N20 Sungai Limau: Siti Balqis Husain
N23 Belantik:Mazli Saipi
N31 Kupang: Mohd Shuhaime Hamzah

Negeri Sembilan
N04 Kelawang: Bakri Sawir
N25 Paroi: Nor Wani A

Terengganu
N16 Batu Buruk: Mohamad Zamir Ghazali
N19: Ru Rendang: Suhaimi Sulaiman
(Dun Tepoh dan Bandar masih dalam rundingan)

Kelantan
N09 Kota Lama: Dr Hafidzah Mustakim
N12 Pengkalan Pasir: Rushdan Mustafa

N19: Demit: Ismail Ghani
N20 Tawang: Mat Isa Che Din
N24 Kadok: Mohd Azizan Razak
N26 Bukit Panau: Samsu Adabi
N34 Temangan: Abdul Kadir Othman

Pulau Pinang

N38 Bayan Lepas: Azrul Mahathir Aziz

N11 Permatang pasir: Muhammad Faiz Fadzil – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. PAN… alamak nape KEDAH KELANTAN TERENGGANU bagi kerusi tu kat UMNO.. pencalonan ini membusukkan record PAN. seharusnya PAN membuat analysis risiko masa kini.. pengundi tempatan mahu mengajar UMNO. buat serahkan semua sebelum terlambat. PAN tumpukan di Pulau Pinang dan SELANGOR. Negeri SEMBILAN kekal sediada

Comments are closed.