Keadaan tapak runtuhan bangunan empat tingkat di Douala yang runtuh. foto Facebook

YAOUNDE – Sebuah bangunan runtuh di Douala, bandar terbesar Cameroon, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan lima yang lain.

Setakat ini masih tidak diketahui berapa ramai orang yang berada di dalam bangunan empat tingkat itu apabila ia jatuh ke blok kediaman lain pada awal pagi Ahad.

Operasi mencari mangsa yang selamat oleh pasukan bomba sedang dijalankan.

Beberapa penduduk mendakwa mendengar jeritan dari tapak runtuhan.

Gabenor wilayah, Samuel Dieudonne Ivaha Diboua pula memaklumkan keadaan terkawal dan pasukan penyelamat akan memastikan tiada sesiapa yang tertinggal di bawah serpihan itu.

Tidak diketahui apa yang menyebabkan bangunan di kejiranan Ange Raphael di Douala runtuh, tetapi penduduk memberitahu para wartawan yang membuat liputan bahwa ia sudang usang a kelihatan usang.

Sebelum ini phak berkuasa bandar telah merobohkan rumah yang dianggap berisiko daripada banjir atau tanah runtuh, tetapi blok ini tidak diperuntukkan untuk perobohan.

Bangunan runtuh bukan perkara luar biasa di Cameroon.

Pada tahun 2016 sebuah bangunan usang di Douala yang melanggar peraturan pembinaan runtuh, mengorbankan lima orang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast