LONDON – Alex Telles bakal bergandingan kembali dengan Cristiano Ronaldo di kelab Arab Saudi, Al-Nassr apabila sah meninggalkan Manchester United.
Pemain antarabangsa Brazil itu hilang tempat dalam skuad kendalian Erik ten Hag dan dipinjamkan ke Sevilla sepanjang musim lalu.
Namun bek kiri berusia 30 tahun itu berjaya membuat 38 penampilan untuk kelab Sepanyol berkenaan dan membantu mereka memenangi Liga Europa.
Telles dilaporkan akan menerima 7 juta pound (RM41.05 juta) setahun dengan Al-Nassr yang turut membayar United 4 juta pound (RM23.46 juta) untuk perpindahannya.
Seorang lagi pemain yang tercicir daripada skuad United, Eric Bailly juga dijangka akan menyertai Telles dan Ronaldo di Al-Nassr.
Dia tidak beraksi untuk United sejak Disember 2021 dan dipinjamkan ke Marseille sepanjang musim lalu. – Agensi