Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Doksuri yang berada di kedudukan 1,424 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu kini berada di kedudukan kira-kira 430km ke timur laut Pulau Samar, Filipina.

Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 5 pagi, taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 15km/j danĀ kelajuan angin boleh mencapai maksimum 130km/j.

MetMalaysia bagaimanapun berkata taufan Doksuri tidak menimbulkan sebarang ancaman besar kepada Malaysia. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast