KUALA LUMPUR – Prestasi Indeks Pelopor (IP) pada Mei 2023 mencatatkan pertumbuhan negatif  lebih baik iaitu 1.1 peratus dengan 110.3 mata berbanding negatif 2.7 peratus pada April 2023.

IP merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi negatif ini disebabkan oleh import benar semi konduktor dan import benar logam asas berharga & logam bukan ferus lain.

Sementara itu, prestasi bulanan IP pula bertumbuh sebanyak 1.8 peratus, disebabkan oleh peningkatan lima komponen IP kecuali jangkaan nilai jualan dalam pembuatan
(-0.8%) dan penawaran wang benar (-0.3%).

Walaupun kedua-dua indeks menunjukkan peningkatan pada bulan ini, kadar pertumbuhan IP terlicin Mei 2023 masih kekal di bawah aliran 100 mata.

Sehubungan dengan itu, ekonomi Malaysia dijangka menggalakkan dalam masa terdekat namun perlu mengambil kira cabaran global yang semakin meningkat

Bagi keadaan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mengekalkan momentum pertumbuhan tahunan yang positif sejak September 2021 dengan mencatatkan
3.1 peratus kepada 124.3 mata pada Mei 2023 berbanding 120.6 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, disumbangkan oleh prestasi yang baik bagi semua
komponen.

Pada masa sama, perubahan bulanan IS turut meningkat 2.5 peratus dengan kapasiti penggunaan dalam pembuatan (1.2%) menyumbang dengan ketara
kepada peningkatan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast