Dominic Lau Hoe Chai

KEPALA BATAS – Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang tegang seketika apabila calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas tidak diumumkan sehingga majlis selesai.

Bagaimanapun, senarai nama 40 calon yang diedarkan kepada pihak media mendapati nama Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai tertera pada kerusi Bayan Lepas.

Terdahulu, sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli Pas Bayan Lepas mempertikaikan tindakan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee tidak mengumumkan calon kerusi berkenaan.

Muhammad Fauzi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas negeri Muhammad Fauzi Yusoff memaklumkan calon bagi kerusi Bayan Lepas akan diumum peringkat pusat esok.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette