SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti kukuh dan membawanya ke mahkamah sekiranya sering mendakwa beliau mencuri wang atau harta daripada rakyat.
Beliau pelik dengan sikap Perdana Menteri ke-10 itu yang enggan mendedahkan bukti apabila diminta berulang kali.
“Dia kata dia ada bukti berkotak-kotak, tulisan-tulisan bukti pun ada. (Anwar kata) akan tunjuk tetapi bila saya minta tunjuk dia kata tidak boleh, rahsia.
“Kalau awak ada (bukti) tunjuk la pada saya. Tunjuk (bukti) saya curi duit sebab kita tahu ada orang curi duit, dihadap ke mahkamah, dibicara dan dimasukkan di dalam penjara.
“Kalau saya curi duit, tunjuk (bukti) secara terang yang saya curi duit, boleh bawa saya pergi mahkamah adakan perbicaraan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Townhall Bicara & Agamawan Untuk Rakyat Malaysia di i-City Convention Centre, di sini, malam ini.
Turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Awang yang menampilkan dua tokoh itu sebagai panel pada program tersebut.
Kelmarin, Anwar memberi amaran dan kata dua kepada bekas pemimpin negara supaya menyerahkan kembali segala harta yang didakwa dikumpul secara salah atau berdepan dengan siasatan pihak berkuasa.
Tanpa menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan katanya, penegasan mengenai perkara itu sudah dibuat sebanyak tiga kali namun pemimpin terbabit tidak memberi sebarang respon.
Anwar berkata jika benar pemimpin tersebut memperjuangkan nasib orang Melayu, segala harta yang ‘dicuri’ perlu dijual semula dan dikembalikan untuk membantu orang Melayu yang miskin.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, walaupun Anwar tidak menyebut namanya, namun memberi bayangan ahli politik yang berkhidmat selama 20 tahun dan 22 bulan menyebabkan beliau terasa tuduhan itu.
Namun kata bekas Presiden UMNO, beliau tidak pernah takut kerana yakin tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan selama mentadbir negara sebelum ini. – MalaysiaGazette
Dalam Islam apakah hukuman orang yang menuduh tanpa bukti?
Minta mereka2 yang alim buat sedikit penjelasan.
Sebelum dakwa Medey, pastikan Ketua Hakim bukan Maimon sbb dia dilantik oleh Medey.Lebih bagus tangkap anak2 Medey yg kaya raya hasil kroni bapak dia..kalau tangkap Mahathir dia akan play victim..silap2 buat video air mata buaya dalam you tube. Saka Tua ni mmg pandai buat drama. First sumbatkan si Boboy yg sakau kontral Opcom tu..