Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 27 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka layak menerima insentif bagi yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap meluncurkan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Turut hadir, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Tambah Anwar, kerajaan juga akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara.

“Ia termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.

Jelas Perdana Menteri lagi, bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta
penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Wartawan MG budak baru ke Nizam Zain ni?kutip berita dengar-dengar atau hadir Majlis tersebut jika tidak pasti jangan kongsi. Berita pendek ok dah tapi Tajuk tanpa is… laporlah bila dilaksana jika pun tertinggal bas mendengar mekanisma…

Comments are closed.